Wednesday, July 9, 2008

Imbasan Dari laman Tranungkite Online.
-
Imbasan : Sikap PAS dalam kes DS Anwar 1998
Dilulus terbit pada Wednesday, July 09 @ 00:55:00 MYT oleh greenboc
Oleh penawarrinduku
-
Soalan:
"Mengapakah PAS beria-ia benar mempertahankan DSAI, sedangkan beliau adalah manusia biasa dan tidak lari dari melakukan dosa seperti zina dan liwat? Apakah PAS mempunyai bukti kukuh bahawa sememangnya DSAI tidak melakukan kerja tersebut?"

Jawapan:
PAS adalah Parti Islam, sandaranya mestilah mengikut ajaran Islam. PAS mestilah menghukum mengikut ajaran Islam. Perkara kemungkinan yang tersembunyi adalah bukan urusan kita.Ini berpandukan kepada Hadith Nabi SAW yang bermaksud "Sesungguhnya kami menghukum apa yang zahir, hanya Allah sahaja yang mengendalikan apa yang tersembunyi. Perkara yang tersembunyi Kepunyaan Allah dan akan dibicarakan dihari akhirat".
-
Jadi disini kita hanya menghukum apa yang zahir sahaja. Mengikut kaedah hukum hudud, seseorang itu boleh disabitkan dengan kesalahan zina dan liwat dengan adanya ikrar secara sukarela secara rasmi dihadapan hakim, sebanyak 4 kali. Sabda Rasulullah SAW lagi: "Hukum hudud di tolak sekiranya ada kekeliruan". Ini bermakna bahawa pengakuan ikrar tersebut mestilah dengan kerelaan hati tanpa di paksa sebanyak 4 kali(mengikut mazahab hanafi). Di dalam hal ini juga Islam lebih menggalakkan sesorang itu bertaubat dengan Allah kerana itu lebih afdal daripada ianya dijatuhkan hukuman didunia. Perkara ini berpandukan kepada hadith nabi SAW ketika peristiwa yang berlaku keatas Maiz bin Malik.: Maiz bin Malik datang mengadap Rasulullah SAW dan berkata: "Hukumlah aku, kerana aku telah berzina" ketika itu Rasullah tidak mengambil perhatian ke atas permintaan Maiz. Kemudian beliau datang lagi kepada Rasulullah dan mengatakan "Hukumlah aku, kerana aku telah berzina". Kemudian Rasullah bertanya adakah kamu mabuk atau gila? Sahabat mengatakan bahawa beliau tidak mabuk atau gila. Selepas itu Azan asyar dilaungkan dan Maiz bin Malik bersolat asyar bersama Rasulullah. Selepas solat Asyar beliau datang lagi kepada Rasulullah dan berkata "Hukumlah aku, kerana aku telah berzina". Rasulullah menjawab "Bukankah kamu telah bersolat bersama-sama dengan ku tadi,mudah-mudahan kamu Allah mengampun dosa kamu. Beliau berkata "Ya, saya telah solat asyar tadi, tetapi, Hukumlah saya, kerana saya telah berzina". Kemudian Rasulullah bertanya "Adakah kamu telah kawin?" beliau menjawab "Ya", Lalu Rasulullah menjatuhkan hukum rejam sampai mati kepada beliau. Ketika hukuman dijalankan beliau lari dan dikejar oleh para sahabat dan merejamnya hingga mati. Apabila berita ini dikabarkan kepada Rasulullah SAW beliau murka dan berkata: "Mengapa kamu mengejar beliau, mungkin beliau bercadang untuk menarik balik pengakuanya". Kesimpulanya di sini, seseorang yang membuat pengakuan ikrar, kemudian ketika hukuman dijalankan dan pengakuan itu ditarik balik, maka hukumanya digugurkan.
-
Hukum hudud terhadap kesalahan zina dan liwat boleh juga disabitkan dengan 4 orang saksi yang adil. Ini berpandukan Firman Allah di dalam surah An-Nur yang bermaksud: "Dan orang-orang yang menuduh perempuan(termasuk lelaki) zina atau liwat dan tidak boleh mendatangkan 4 saksi, maka orang yang menuduh itu dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 80 kali.dan jangan diterima orang yang menuduh ini sebagai saksi kerana mereka ini adalah orang yang fasik".
-
Syarat-syarat sebagai saksi pula adalah seperti berikut:
1. Islam;
2. Adil(tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa kecil serta tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah);
3. Lelaki(dalam kes zina dan liwat orang perempuan tidak boleh menjadfi saksi);
4. Setiap saksi mestilah melihat perkara tersebut pada masa yang serentak.
-
Dalam kes zina dan liwat para ulamak bersepakat bahawa ujian DNA dan tayangan video adalah tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan. Walaupan begitu ujian DNA di bolehkan untuk mengugurakan tuduhan. Jelaslah dari hujjah diatas bahawa pertuduhan yang dilakukan terhadap DSAI tidak diselesaikan mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam. Dan inilah hujjah yang menjuruskan PAS menetang kezaliman yang dilakukan terhadap DSAI, walaupun satu ketika dulu DSAI adalah musuh no.2 PAS.....ini berpandukan Firman Allah yang bermaksud: "Janganlah dengan sebab kamu bermusuhan kepada sesuatu kaum maka kamu tidak berlaku adil. Berlaku adil lah kamu, kerana itu lebih hampir kepada Taqwa".... Wallahua'lam.
-
Ingat-ingatlah.... sedutan dari jawapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika Majlis Dailog di Kg. Gelugor, Marang Terengganu-1999
edited by mata-dan hati 9-Julai-2008

Monday, July 7, 2008

Petikan dari Harakahdaily.net
---------------------------------------------------
Anwar tidak perlu bersumpah - Mufti Perak
Mohd Rashidi Hassan Sun Jul 06, 08 7:15:16 pm MYT
-----------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah. -->
-
Dato' Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.
-
Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.
-
"Kaedahnya dalam kes ini, ialah 'orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti' dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
-
Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, "itu cadangan dari orang yang terlebih pandai."
-
Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.
-
Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.
-
"Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi'," tegasnya.
-
Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li'an.
-
"Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li'an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak," tegasnya ketika dihubungi.
-
Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.
-
"Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan," tegas beliau._
-
------------------------------------
p/s: Blogger bersetuju dengan semua Mufti dan pandangan ulamak yang mungkin berbeza pendapat. Jawatankuasa Fatwa sewajarnya mewartakan segala ketetapan yang dibuat oleh alim ulamak untuk panduan umum.

Sunday, July 6, 2008

Hukum Hudud vs Sumpah Junjung Al Quran


Kes Anwar: Laksana hukum al-Quran bukan bersumpah dengannya
Azamin Amin - Harakahdaily.net
[ Sat Jul 05, 08 11:24:32 am MYT ]
-
KUALA LUMPUR, 5 Julai - Dalam tuduhan liwat yang semakin hangat diperkatakan, semua pihak disarankan melaksanakan tuntutan dan hukum al-Quran berbanding meminta mana-mana individu yang dikaitkan dengan pertuduhan itu agar bersumpah dengan kitab suci itu. -->
-
Peguam PAS Hanipa Maidin turut membidas Pengerusi Putera Umno Abdul Azeez Abdul Rahim yang meminta Dato' Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan al-Quran tapi tidak mahu menuntut hukum al-Quran yang menjadi hukum yang dipakai bagi menyelesaikan tuduhan liwat ke atas Anwar dan menyifatkannya sebagai satu sikap yang dilihat berpura-pura.
-
"Dari segi sisi Islam mahupun undang-undang negara ini Anwar adalah seorang individu yang dianggap tidak bersalah dan beliau juga tidak perlu sama sekali membuktikan apa-apa, jauh sekali membuktikan beliau tidak bersalah.
-
"Di dalam undang-undang yang dipakai di negara ini, bagi mana-mana pertuduhan jenayah prinsip yang terpakai adalah 'seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah'. Prinsip ini dikenali sebagai 'presumption of innocence.'," kata Hanipa yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Undang-undang dan AJK PAS Pusat.
-
Prinsip itu juga kata Hanipa diambil daripada syariat Islam iaitu berasaskan kaedah "al-aslu al-'adam" atau pun kaedah "al-aslu�baraatun zimmah" yang juga bermaksud "seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah".
-
Apa yang berlaku katanya di dalam isu dakwaan liwat ini adalah Anwar belum lagi dituduh di Mahkamah maka tidak timbul beliau harus membuktikan bahawa beliau tidak bersalah malah jika sekalipun beliau dituduh di mahkamah dengan kesalahan liwat, beliau masih dianggap tidak bersalah kecuali setelah disabitkan bersalah oleh mahkamah, kata Hanipa.
-
"Jika benar terdapat tuduhan liwat ke atas Anwar sekalipun, mana-mana pihak yang bersungguh meminta Anwar bersumpah dengan al-Quran sepatutnya perlu menuntut bahawa Anwar diadili dengan hukum al-Quran," katanya.
-
Dalam isu ini selain meminta Anwar bersumpah dengan al-Quran sepatutnya dari segi Islam meminta supaya pengadu Saiful Bukhari Azlan mendatangkan empat saksi yang melihat Anwar melakukan liwat tersebut selaras apa yang dinyatakan dalam al-Quran, kata Hanipa dengan lebih terperinci dalam blognya.
-
"Kesimpulannya ialah tidak perlu Anwar bersumpah dengan al-Quran. Mubahalah (seperti disaran Mufti Perlis) juga saya berpendapat tidak perlu kerana Anwar telah dikaitkan dengan kesalahan jenayah.
-
"Maka kaedah yang betul adalah Anwar mahupun Saiful sepatutnya diadili oleh sistem undang-undang jenayah Islam - sistem yang telah telah terbukti keadilannya," katanya.
- az _
-
p/s Blogger berpendapat pihak yang menuduh perlu bersumpah dengan nama Allah SWT terlebih dahulu sebelum tuduhannya boleh dibawa ke mahkamah. Wslm.

Friday, July 4, 2008

From: Taman2Syurga@yahoogroups.com [mailto:Taman2Syurga@yahoogroups.com]On Behalf Of Abdul Malek Sent: Monday, June 30, 2008 5:45 PM To: penawarku@yahoogroups.com; Noor Hasnida Mahussin; Taman2Syurga@yahoogroups.comSubject: [Taman2Syurga] Kisah Punch Card - MESTI BACA!!

PEDOMAN: Kisah Punch Card - MESTI BACA!!

PUNCH CARD --- korang biasa dengar dan tau benda nih kan? dan korang biasa meminta kawan2 tolong punch kalo korang lewat sampai ofis kan? atau kalo korang nak balik awal? alasan korang sebab takut dan tak nak punch card tuh tulisan warna merah.. ye la nanti satu keje la pulak nak ngadap bos then create alasan kenapa merah.. kalo ade alasan munasabah macam traffic jam ke bole la kot.. tp kalo korang bangun lambat? takkan nak bg alasan tuh kat bos kan? mesti bos marah.. tak pasal2 kena brain wash pepagi buta kat opis… TAPI korang tau tak risiko yang akan korang dapat kalo mintak tolong punch card? bukan risiko kat diri korang je.. risiko skali kat kawan yang dah baik ati tolong korang punch card tuh.. kesian kawan tuh..
-
Kawan aku -- Ali (bukan nama sebenar) lewat datang keje.. then minta la Amat (bukan nama sebenar) punch kan ... then Amat tolong la.. tup-tup on da way nak sampai opis tuh Ali accident.. mula-mula dia koma then 2 ari lepas tuh dia meninggal dunia.. apa yang menyedihkan. . bila isteri Ali nak buat tuntutan..banyak tuntutan tidak diluluskan.. macam nak buat pampasan ke kuarkan KWSP ke apa2 la yg bole waris tuntut bila seseorang tuh meninggal.. korang tau tak kenapa susah?? sebab dalam punch card tuh memBUKTIkan Ali berada dalam opis pada waktu yang sama dia accident.. so opis nak luluskan pampasan dan everything camana? opis bole luluskan JIKA ada sape2 yang mengaku dah tolong Ali punch card.. Amat tak nak mengaku.. ye la.. kalo dia ngaku dia mesti kena tindakan tatatertib kan ? silap2 dia kena buang keje... so smpi skang pampasan tak dapat.. yang susah isteri Ali.. dah la tak bekerja then anak dah ade 2 lak tuh.. nak kuarkan KWSP pon hadapi masalah yg sama..
-
Korang nak ke perkara yang sama berlaku kat diri korang dan kawan korang? kalo la korang mintak punch then jadi pape kat korang tgh jalan sape nak bertanggungjawab? for sure la kawan yang tolong punch card tuh tak nak mengaku.. ye la kita dah tolong sat lagi kita yang kena tanggung?? kalo kena denda je tak pe la.. sat lg siap kena buang keje mana mau cari keje??? yang si kawan yang tolong tuh pulak mesti seumur idup akan rasa bersalah.. kalo accident just patah kaki je bole la lagi tak dikisahkan tapi kalo dah melibatkan nyawa ni.. walaupon niat nak tolong tapi biar la mcm org tua cakap.. buat baik berpada-pada. . jgn buat baik tak kira tempat.. nanti susah kat sendiri.. so aku just nak mintak tolong kat korang sume.. jangan la buat keje nih lagi.. tolong fikir ajal maut kita tak tau.. mungkin kita mati pas tuh dah tak de pape tanggungjawab. . tapi org yg idup.. mcm keluarga kita... nak tuntut pape susah.. korang nak ke mcm tuh? Mesti korang tak nak famili korang susah kan ? aku harap mulai sekarang.. kalo korang datang lewat macamana sekalipon.. punch card la sendiri.. biarla bos marah sekali pon.. tapi jangan menyusahkan diri org lain.. dan diri sendiri.. tolongla diri sendiri dan kalo nak tolong kawan2 pon biar la kena tempatnya... next time..kalo korang rasa dah lewat tuh.. call la bos bg tau lewat sampai then jumpa bos bila dah sampai.. kalo korang rasa nak balik awal ak.. mintak la time off atau permission kuar awal dari bos.. atau minta jer la uti ke?..jangan la main kuar suka2 ati je..
-
p/s :- pas aku dgr cite tuh dari isteri Ali.. aku dah tak nak buat mcm tuh lg.. sbb sebelom ni.. aku penah beberapa kali mintak tlg punch dan beberapa kali tlg org punch.. aku rasa ngeri dgr cite tuh.. lg pon aku sempat lawat arwah sebelum dikebumikan. . terasa macam.. ish ape yg dah aku buat.. rasa bersyukur sangat sbb sepanjang aku buat keje tuh.. aku tak terlibat ngan pape accident dan org yg aku tlg tuh selamat sampai.. kalo aku pon kena mcm tuh.. aku tak tau la apa jadi.. nangis air mata darah pon x guna lagi..

Thursday, July 3, 2008

Kenyataan Nabi Isa AS di dalam Bible

Nabi Isa a.s. diutuskan hanya kepada Bani Israil sahaja kerana Ia hanya membicarakan soal Tuhan dan anak cucu Bani Israil sahaja berdasarkan kata-katanya yang bermaksud "Aku bukan datang untuk merombak hukum Torat tetapi hanya untuk menggenapinya" di mana Kitab Torat adalah untuk Bani Israil sahaja seperti maksud 'verses' dalam [Matius 5:17-18] yang berikut:-
-
(Kata Nabi Isa a.s.) "Janganlah kamu sangkakan Aku datang hendak merombak hukum Torat atau Kitab nabi-nabi: bukannya Aku datang hendak merombak, melainkan hendak menggenapinya. Kerana sesungguhnya Aku berkata kepadamu, sehingga langit dan bumi lenyap, satu noktah atau satu titik pun sekali-kali tiada akan lenyap daripada hukum Torat itu sampai semuanya telah jadi" [Matius 5:17-18].
-
Apa yang diajarkan oleh Nabi Musa a.s dan Nabi-nabi yang dahulu itu adalah jelas untuk kaum-kaum mereka sahaja. Memang penyebar ugama Kristian pergi ke seluruh dunia untuk menyebarkan ajaran Nabi Isa a.s tetapi Nabi Isa a.s. sendiri tiada mempunyai maksud yang sedemikian itu. Apa yang di maksudkan oleh Nabi Isa a.s. sendiri ialah jelas bahawa ajarannya itu hanya untuk kaum Bani Israil dan bukan untuk kaum-kaum lainya sebagaimana katanya:-
-
"Maka jawab Yesus(Nabi Isa a.s.) katanya: Tiadalah Aku disuruhkan kepada yang lain, hanya kepada segala domba yang sesat dari antara (kaum) Bani Israil." [Matius 15:24].
-------------------------------------
Oleh itu apabila Nabi Muhammad s.a.w. diperintahkan oleh Allah s.w.t menjadi Rasul adalah untuk menjadi Rasul untuk seluruh umat manusia bagi melengkapkan ajaran Nabi-nabi yang terdahulu yang hanya untuk sesuatu kaum.
-
Kenabian dan Kerasulan(Rasul/Penyelamat Terakhir/Al Masih untuk semua umat) Nabi Muhammad ini diakui sendiri oleh Pendita Nasrani yang telah belajar dan memahami Torat dan Injil dan keadaan matanya yang buta (anak paman Siti Khadijah yang bernama Waraqah bin Naufal) yang mendengar khabar tentang Nabi Muhammad yang mendapat wahyu melalui Jibrail di Gua Hira' dari Siti Khadijah (isteri Rasulullah) lalu dia berkata: "Quddus, quddus, demi Tuhan yang jiwa Waraqah di dalam tangannya, jika engkau membenarkan aku ya Khadijah, sesungguhnya telah datang kepadanya(Muhammad) namus akbar (petunjuk yang maha besar), sebagai pernah datang kepada Nabi Musa a.s., dia sesungguhnya akan jadi Nabi umat kita ini. Dan katakanlah kepadanya hendaklah Ia tetap tenang!".

Wednesday, July 2, 2008

Dari: Lidah_Pahit: KISAH AKU DAN TOK SIAK

Petikan Dari Tranungkite Online...
...........................................................
Oleh: Lidah_Pahit
....................................................
Posted: Wed Jul 02, 2008 4:38 pm
---------------------------------------------------
Post subject: KISAH AKU DAN TOK SIAK...
---------------------------------------------------

Aku tinggal di sebuah kawasan perumahan lebih kurang dah 4tahun,biasalah mana2 perumahan pun ada sebuah surau kecil, di surau kecil tu la aku sering berjemaah maghrib dgn isyak kalau pulang awal dari bekerja, kalau aku ot sampai pukul 7 memang aku solat kat umah je la..surau tu dijaga oleh seorang tua yg aku namakan Tok siak, dialah yg menguruskan surau tu dari segenap segi, dia lah bilal, dia lah yg mengantikan imam bila imam tak datang. Pendek kata kalau takde dia tak berseri la la surau tu... Jemaah selalunya paling ramai 2 saf je, kecuali kalau ada majlis tahlil ke solat hajat ke adalah dalam 4/5 saf, kadang2 tu tingal tok siak sorang je.ringkaskan cerita (takut korang boring nak baca habis).. kebiasaan lepas solat maghrib kitorang lepak la dkt beranda sambil borak2, Tapi tak pernah borak pun isu politik, tak tau la kalau masa aku takde diorang borak isu politik.. Nak dijadikan cerita semalam aku kesurau mcm biasa, semalam cuma 4 org je jemaah aku, tok siak, pakcik mat, pakcik din(nama samaran).. selesai solat maghrib & sunat mcm biasa la kami lepak kat beranda tapi pakcik din terus nak balik, bila tok siak tegur dia jawab nak tengok berita isu liwat DSAI..tingal la kami 3 org yg lepak.. Ini la kali pertama aku borak isu politik dgn diorang..Aku pun buka la topik, aku kata nak tuduh satu2 kes kena ada 4 org saksi baru boleh tuduh kalau tak yg menuduh tu kena hukum sebat 80 kali dan tak boleh jadi saksi sampai bila2..terus tok siak menyampuk, habis kalau dia betul2 buat mcm mana,bukan senang nak cari 4 orgsaksi, jwbnya naya la si mangsa, ditambah pulak oleh pakcik mat, eleh org pas ni ckp je lebih kalau kena anak dia yg mencuri nak ke dipotong tangan.. lalu ditambah pulak oleh tok siak, dah elok dah undang2 kat msia ni, kalau buat hudud pun tak selesai jgk masalah.. aku terkedu dgr pandangan diorang, sambil dlm hati berkata sah UMNO karat.. Setelah diam kejap aku mula jawab yg tok siak dulu, kata aku, tok siak yg kita dok solat hari2 ni kita ambik dari mana? siapa yg ajar?, tok siak jwb Quran la, Nabi la yg ajar.. aku pun senyum bila tok siak kata mcm tu, lalu aku tanya tok siak balik, boleh ke? dalam satu Quran tu kita ambik yg kita suka je yg kita rasa tak sesuai kita tolak?? tok siak dgn tegas menjawab mana boleh, kita kena terima semua suka ataupun tak Allah jadikan Quran sebagai panduan utk kita.. aku senyum lagi, lalu aku katakan pada tok siak, sedar ke tidak yg tok siak telah memperlekehkan hukum Allah, tok siak kata kalau buat hudud pun tak selesai jgk masalah sedangkan tok siak kata kita kena terima semua yg ada dalam quran, yg tok siak pegi tolak hudud tu apasal.. tok siak terdiam.. lalu aku tambah skit lg, di China mencuri boleh dikenakan hukuman mati tak zalim ke? selesai ke jenayah di China?..kali ni tok siak menjawab, kata tok siak Kita bukan tolak tapi kita tak boleh campur politik dgn agama.. bila tok siak ckp mcm tu aku pun jwb lg, dulu nabi kita berperang dgn kafir Mekah utk apa? bukankah utk memerintah Mekah, tok siak pun jawab betul la tapi....belum sempat tapi tok siak habis aku tanya lg, ape benda memerintah Mekah tu kalau bukan politik?..kali ni muka tok siak merah padam mungkin dah panas hati dgn aku, lalu bangun kononya nak ke tandas.. aku berpaling pula pada pakcik mat... Tadi pakcik mat mempersoalkan mau ke Pemimpin PAS potong tangan kalau anak dia sendiri yg mencuri?? aku jwb pulak yg pakcik mat berupa soalan yg sama, maukah paklah hukum gantung anak dia kalau anak dia mengedar dadah.. pakcikmat pun tak boleh jwb.. cerita ni pjg lagi bila tok siak datang balik, dan mlm ni tok siak janji dgn aku nak bercakap ttg PAS kata UMNO KAFIR, nanti aku sambung kalau korang nak dgr... persoalannya setelah masuk waktu isyak mcm biasa kami berjemaah yg diimamkan oleh tok siak yg terang2 memperlekehkan hukum Allah.. kepada forumer tolonglah bantu aku dalam hal berimamkan tok siak ni.. aku pun pening jugak..dan jugak isu KAFIR yg aku nak berhujjah dgn tok siak mlm ni...wassalam..harap dapat bantuan segera.. yg pencacai takyah la nak bagi komen..
---------------------------------------
Terima kasih atas komen membina para forumer smua. sy nak sambung skit lg kisah tadi..bukan apa sekadar berkongsi cerita dgn saudara2 smua. mungkin komen2 dari saudara semua dpt menambahkan lg ilmu pengetahuan sy..
------------------------------------------
Sambungan kisah aku dgn tok siak..
-----------------------------------------
Bila pakcik mat diam tk boleh nak jawab aku pun diam. dalam 7/8 minit tok siak masuk balik, soalan yg pertama tok siak tanya aku ialah, kamu org pas kan?.aku Cuma angguk je,lalu dgn nada sinis tok siak kata kat aku,orang PAS kata mengundi PAS dapat pahala mengundi UMNO dapat dosa betul ke??aku diam kejap,maklumlah akupun bukan berilmu sgt,bila tengok aku diam pakcik mat pun menyampuk,tak bleh jwb ke?..terkejut jgk dgr pakcik mat ckp mcm tu,lalu aku pun jwb dgn mengambil contoh TGNA(dapat ilham secara sepontan je) Aku jwb, di kelantan perkara maksiat hampir tiada,kalau ada pun secara sembunyi2. TGNA telah sedaya upaya membenteras maksiat,menghapuskan riba membenteras rasuah dan sebagainya..mcm mana TGNA boleh buat semua tu? Sebab dia diundi oleh penyokong pas,,dapat pahala ke TGNA buat smua tu?mesti la dapat,habis tak dapat pahala ke siapa yg sokong TGNA..mesti la dapat..itulah yg dikatakan sokong pas dapat pahala..tok siak angukkan kepala tanda setuju..tapi dia masih tak puas hati kenapa undi umno dapat dosa katanya,sedangkan umno byk menolong rakyat,buat pembangunan dsb. Aku jwb lg,,tok siak,walau siapa pn jadi kerajaan dia tetap akan buat pembangunan,negara kominis pun buat pembangunan..yg berdosa mengundi UMNO ialah,UMNO membiarkan maksiat berleluasa,tiada usaha mencegah kemungkaran secara bersunguh2.muda mudi byk yg rosak akhlak,kes buang bayi terlampau byk,penagih dadah bersepah-sepah..kenapa jadi mcm tu? Sebab UMNO terima islam secara terpilih,solat ,puasa,zakat ,haji dia terima.hudud,qisas dia tolak mcm tok siak la..kenapa UMNO boleh buat mcm tu? Sebab tok siak dan org2 mcm tok siak yg undi dia,tak dapatkah share dosa kat tok siak skit??..aku tegaskan lagi dgn mengatakan kita wajib sokong pemimpin yg nak menegakkan hukum Allah.PAS terbukti nak menegakkan hukum Allah sedangkan UMNO tetap dgn undang2 yg ditinggalkan penjajah dulu.. Perbualan kami terbantut setakat tu bila abg kamal jiran aku muncul utk solat maghrib,mungkin abg kamal baru balik lalu terus singgah di surau sbb aku tengok dia masih dgn pakaian pejabat..setelah selesai solat abg kamal duduk sebelah aku buka topik euro 2008 hingga isyak.waktu nak balik lepas isyak tok siak bisik dkt aku,esok mesti datang aku nak tanya kenapa PAS kata UMNO kafir…aku angguk sambil turun dari surau utk pulang kerumah.. Hari ini seperti yg dijanjikan aku ke surau utk menjawab isu kafir walaupun dalam hati aku takut tak dpt jwb,sbb tu masa kat pejabat tadi aku buka tread ni nak minta pandangan forumer TKO.Alhamdulillah dpt la kuatkan semangat skit..aku dah malas nak menaip ni so kalau nak tahu lg aku sambung lain kali, kalau tak cerita ni habis kat sini je la..wassalam..
----------------------------------------------------
Sama-samalah kita berdoa:
"Ya Allah Yang Maha Berkuasa, berikanlah kuasa pemerintahan kerajaan Malaysia ini kepada Pemimpin dari Golongan umat Islam yang mahu melaksanakan perintahMu Ya Allah dan patuh menjauhi laranganMu Ya Allah, berilah kejayaan kepada golongan atau parti yang berjuang atas dasar-dasar Islam dan yang mahu melaksanakan Hukum Islam seperti Hukum Hudud dan Qisas, Ya Allah Ya rabbil `alamin, Amin..." TAKBIR, ALLAH HUAKBAR. Wassalaam.
(dari mata-dan-hati)
HUKUMAN TERHADAP PENJENAYAH MENGIKUT AL QURAN AL KARIEM.
***********************************************************
" Dan orang lelaki dan perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari ALLAH dan (ingatlah) ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."
[surah al - Maa'idah, 5:ayat 38]"
*******************************************************
SATU DARI CIRI/SIFAT-SIFAT GOLONGAN ORANG KAFIR
YANG DITERANGKAN DALAM AL QURAN AL KARIEM.
********************************************************
"........., Dan Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH (kerana mengingkarinya) maka mereka itulah orang-orang yang kafir"
[surah al - Maa'idah [5: hujung ayat 44]
----------------------------------------------------
P/S: NAUZUBILLAH, SEMOGA ALLAH SWT TIDAK MASUKKAN KITA
KE DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG KAFIR, AMIN.

Tuesday, July 1, 2008

Pandangan Ust. Zaharuddin AR Mengenai Sesuatu Tuduhan

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS.

Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat.

Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة

Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332) Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1) Syarat kepada penuduh : Beraqal Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh Beraqal Baligh Islam Merdeka diri BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak,

sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-

ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Malik berkata :

قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،

Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menududh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq.

Namun majority ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini. Mungkin si penuduh dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Sambungan: Jaminan Allah Tentang Kemurnian Al Quran

سُوۡرَةُ العَنکبوت
************************************************
بَلۡ هُوَ ءَايَـٰتُۢ بَيِّنَـٰتٌ۬ فِى صُدُورِ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ‌ۚ وَمَا يَجۡحَدُ بِـَٔايَـٰتِنَآ إِلَّا ٱلظَّـٰلِمُونَ (٤٩
***************************************************
Al-Ankaboot (29:49)
***************************************************
(Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim. (49)

***********************************************************
Al-Ankaboot (29:49)
***********************************************************
Nay, but they, the clear Ayât [i.e the description and the qualities of Prophet Muhammad SAW written in the Taurât (Torah) and the Injeel (Gospel)] are preserved in the breasts of those who have been given knowledge (among the people of the Scriptures). And none but the Zâlimûn (polytheists and wrongdoers) deny Our Ayât (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.).(49)

Jaminan Allah Tentang Kemurnian Al Quran.

سُوۡرَةُ یُونس
*************************************************
وَمَا كَانَ هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانُ أَن يُفۡتَرَىٰ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَـٰكِن تَصۡدِيقَ ٱلَّذِى بَيۡنَ يَدَيۡهِ وَتَفۡصِيلَ ٱلۡكِتَـٰبِ لَا رَيۡبَ فِيهِ مِن رَّبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٣٧) أَمۡ يَقُولُونَ ٱفۡتَرَٮٰهُ‌ۖ قُلۡ فَأۡتُواْ بِسُورَةٍ۬ مِّثۡلِهِۦ وَٱدۡعُواْ مَنِ ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٣٨) بَلۡ كَذَّبُواْ بِمَا لَمۡ يُحِيطُواْ بِعِلۡمِهِۦ وَلَمَّا يَأۡتِہِمۡ تَأۡوِيلُهُ ۥ‌ۚ كَذَٲلِكَ كَذَّبَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَٱنظُرۡ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٣٩
**************************************************
Translation of Surah Yunus (10:37-39)
**************************************************

And this Qur'ân is not such as could ever be produced by other than Allâh (Lord of the heavens and the earth), but it is a confirmation of (the revelation) which was before it [i.e. the Taurât (Torah), and the Injeel (Gospel)], and a full explanation of the Book (i.e. laws decreed for mankind) - wherein there is no doubt from the the Lord of the 'Alamîn (mankind, jinn,and all that exists). (37) Or do they say: "He (Muhammad SAW) has forged it?" Say: "Bring then a Sûrah (chapter) like unto it, and call upon whomsoever you can, besides Allâh, if you are truthful!" (38) Nay, they have belied; the knowledge whereof they could not comprehend and what has not yet been fulfilled (i.e. their punishment). Thus those before them did belie. Then see what was the end of the Zâlimûn (polytheists and wrong-doers)! (39)
***************************************************************
Maksud Surah Yunus (10: Ayat 37 hingga 39)
****************************************************************

Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya(Kitab Taurat dan Injil) dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum Syarak yang diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (37) (Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: Dialah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya. Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggillah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar!. (38) Bahkan mereka pula terburu-buru mendustakan Al-Quran yang fahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya dan belum datang kepada mereka kenyataan yang menjelaskan kebenarannya. Demikianlah juga orang-orang sebelum mereka mendustakan (Kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada mereka). Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim itu (berakhir dengan berbagai bencana yang membinasakan mereka). (39)
******************************************************************************
Nota: Kemurnian/kesucian Kitab Al Quran ini terbukti dijamin oleh Allah SWT dengan wujudnya para hafiz(penghafal) yang tiada terputus hafalan ayat-ayatnya semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi sehingga kini, InsyaAllah hingga hari kiamat disamping wujudnya mushaf-mushaf dan teks dalam bahasa asalnya dan juga kitab-kitab tafsirannya yang berpandukan Kitab Al Hadith(As Sunnah) serta ijmak ulamaknya. wallahua`lam. Wassalaam.

Tiada Paksaan Kepada Bukan Islam Untuk Menganut Islam.

Surah Al Baqarah (2: Ayat 256-257)
********************************
لَآ إِكۡرَاهَ فِى ٱلدِّينِ‌ۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَىِّ‌ۚ فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَا‌ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (٢٥٦) ٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ‌ۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّـٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَـٰتِ‌ۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (٢٥٧
**********************************************
Translation of Surah Al Baqarah (2: Verse 256-257)
**********************************************
There is no compulsion in religion. The right direction is henceforth distinct from error. And he who rejecteth false deities and believeth in Allah hath grasped a firm handhold which will never break. Allah is Hearer, Knower. (256) Allah is the Protecting Guardian of those who believe. He bringeth them out of darkness into light. As for those who disbelieve, their patrons are false deities. They bring them out of light into darkness. Such are rightful owners of the Fire. They will abide therein. (257)
**********************************************
Terjemahan Surah Al Baqarah (2: Ayat 256 dan 257)
**********************************************
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut(Syaitan) dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (256) Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut(Syaitan) yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (257)

Surah Al-Alaq dan Terjemahannya

سُوۡرَةُ العَلق

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ -١- خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ -٢- ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ -٣- ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ -٤- عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ -٥- كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ -٦- أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ -٧- إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ -٨- أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى يَنۡهَىٰ -٩- عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ - ١٠- أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ -١١- أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ -١٢- أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ -١٣- أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ - ١٤- كَلَّا لَٮِٕن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ -١٥- نَاصِيَةٍ۬ كَـٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍ۬ -١٦- فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُ ۥ -١٧- سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ -١٨- كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡ وَٱقۡتَرِب ۩ - ١٩

*************************************************************************
Terjemahan Surah Al-'Alaq (96:1-19)

**************************************************************

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5) Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), (6) Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (7) (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan). (8) Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang); (9) Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang? (10) Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul? (11) Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)? (12) Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar? (13) Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? (14) Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka); (15) Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. (16) Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya); (17) Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya). (18) Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)! / (19)
*****************************************************************
English Translation: Surah Al 'Alaq (96:1-19)
***************************************************
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful,
Read: In the name of thy Lord Who createth, (1) Createth man from a clot. (2) Read: And thy Lord is the Most Bounteous, (3) Who teacheth by the pen, (4) Teacheth man that which he knew not. (5) Nay, but verily man is rebellious (6) That he thinketh himself independent! (7) Lo! unto thy Lord is the return. (8) Hast thou seen him who dissuadeth (9) A slave when he prayeth? (10) Hast thou seen if he relieth on the guidance (of Allah) (11) Or enjoineth piety? (12) Hast thou seen if he denieth (Allah's guidance) and is froward? (13) Is he then unaware that Allah seeth? (14) Nay, but if he cease not We will seize him by the forelock - (15) The lying, sinful forelock - (16) Then let him call upon his henchmen! (17) We will call the guards of hell. (18) Nay, Obey not thou him. But prostrate thyself, and draw near (unto Allah). (19)

Wednesday, May 21, 2008

Assalaamu`alaikum and Welcome

BLOG INI ADALAH HASIL LUAHAN HATI SAYA, SEBAGAI SEORANG DARI UMAT ISLAM DAN SELAKU ANGGOTA RAKYAT MALAYSIA UNTUK BERPESAN-PESAN KEPADA DIRI INI DAN UNTUK SELURUH UMAT MANUSIA DI RANTAU INI DAN DI SELURUH PELOSOK DUNIA.
Anda diperlukan menyampaikan segala maklumat yang berfaedah kepada umat manusia dan mungkin juga ada manafat kepada umat jin sebagaimana kita ditugaskan selaku khalifah Allah s.w.t di alam ini. Wassalam.